Wednesday, August 5, 2009

Peringatan utk kita



Assalamu'alaikum wbt.

Terima kasih atas peringatan atas article yg di post oleh cik mah.

Hmm...tugas nurse yg bersama pt selama 7 jam begitu mencabar dan menuntut mereka melaksanakan amanah yg sepatutnya selain tugas me'monitor' pt.

Diakui, ad pt yg refused when they told to do so: solat.

Tugas doktor bukan sahaja pada pt, tp juga pada mereka yg lain yg berada di wad: nurses, attenden, health profesional yg lain (physiotherapist, dietician, radiologist, etc) dan relatives perlu dititikberatkn.

Pesakit, staf nurse, doktor dan waris

Pt is our main priority, but do not forget other person yg ad bersama2 pt.

Let say you want to do any procedures to your pt, lately in the evening (about 7pm)... do you have consider nurses and your pt that they already perform prayer???

Susahke nak bertanya...
Makcik dah solat?? Staf nurse dah solat ke? Saya nak insert femoral catheter ni. Mungkin akan mengambil masa yg lama. Kalau belum, harap dapat solat dulu.

Bukan begini yg sepatutnya berlaku...
'Cepat bawa pt katil 11 masuk ke treatment room. Saya nak insert catheter ni, lgpun saya nak balik lepas ni'...ketika jam 6.50pm. Without any consideration. Ketika itu pt bru balik dr hemodialysis dan masih in unstable stage...dalam keadaan sedar tak sedar dan sedang berehat di atas katil. Sudah tentu belum solat. Begitu juga dgn staff nurse yg baru nak menunaikan solat asar.

Mad'u kita bukan hanya pt, tapi semua yg berada disekeliling. Jika kita tak mampu nak menunaikan amanah dgn amar maaruf, cukup dengan nahi munkar. Tunjukkan teladan yg baik pada semua pun sudah mencukupi.

Dalam niat kita nak merawat pt (hakikatnya, Allah sahaja yg berkuasa menyembuhkan mereka), jangan pula kita menyakiti mereka yg lain. Tujuannya nak memperolehi 1 pahala kerana nak membantu pesakit kita, tapi dipihak yg lain pula, kita telah menyakiti orang lain disekitar kita, termasuk relatives dan staff nurse sendiri. Itu belum lagi termasuk tindakan kita yg menghalang org lain melakukan kebaikan. Sekiranya nak memudahkan diri sendiri, jangan pula ambil jalan mudah dengan menyusahkan org lain...

Sifir mudah bukan????

Ganjaran atau balasan?

nak 1, tp ditolak 2... (sekadar contoh)
0 + 1 = 1 (ganjaran merawat pesakit)
1 - 2 = -1 (balasan kerana menyakiti manusia lain)

bukan kita ke yg rugi??

Please consider others ye.... dalam dunia yg masih bergelar pelajar, praktis perlu dilaksanakan. Takut kalau-kalau menjadi tabiat bila dah keluar ke alam pekerjaan nanti.

Apa kata semasa masih bergelar student, cuba ajak pt dan relatives utk ajar mereka amik wuduk dan solat ketika sakit.....dan perkara2 lain yg wajib bg muslim.

Besarnya pengaruh dan peranan seorang doktor....Berdasarkan pemerhatian saya sendiri, pt dan relative akan mengikut nasihat doktor (selain staff nurse yg berada disisi). Jadi, manfaatkan peluang yg ada ye.

Kalau nak buat PE, sambil2 tu boleh la refresh bersama2 pt ataupun jelaskan kat pt which anggota yg wajib ambil wuduk. Mudah bukan....Sebab Islam tu sendiri mudah..

Sekian, semoga rakan-rakan medic menjadi doktor profesional muslim yg terbaik, untuk Islam dan bidang kesihatan, insyaAllah.

Maaf atas kekurangan.

Kearah melahirkan generasi profesional kesihatan Muslim...

~Setiap Kesulitan Pasti Ada Kemudahan~

0 comments:

 

the power of sharing Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template