Showing posts with label clinical skills. Show all posts
Showing posts with label clinical skills. Show all posts

Sunday, August 30, 2009

Wound dressing

3 comments
Assalamu’alaikum wbt.

Selamat berpuasa untuk semua, semoga amalan dalam bulan Ramadhan dapat dilipatgandakan….

Tahniah untuk semua medical student 4th year yg telah berjaya menjalani posting pertama masing2…tak kira la medical ke, surgery, psych, o+g dan lain2. Dan semoga 6 minggu yg berlalu menjadi titik permulaan kalian semua untuk menjadi doctor yg terbaik, terbaik untuk Islam, terbaik untuk pesakit dan juga diri sendiri.

Untuk nursing student, kami memulakan posting dalam 2 kumpulan, medical dan surgical. Alhamdulillah, saya telah tamat posting medical yg panjang selama 8 minggu, 4 minggu di 7S dan 4 minggu lagi di 7U. Baru hari ni bermula posting surgery di 3U… wad yg agak mengelirukan kerana pesakit yg berterabur. Ada 4 team kat 3U, team A dan team B (general surgery), team urology/plastic, team neuro dan ENT (tumpang sementara).

Ok, back to the main topic, pasal wound dressing. Jika dilihat, memang banyak dressing kat 3U, begitu juga kat medical dulu. Patient akan di’dressing’ selepas post-op, luka, bedsore (pressure sore) dan juga at STO site (suture to open).

Ok, sebelum tu, revise semula yg jenis2 wound yg ada ye…how it occur and the healing process.

Apa tujuan dressing?

1. Menggalakkan penyembuhan luka
2. Mengeluarkan tisu nekrotik (necrosis)
3. Melindungi luka daripada pencemaran mikroorganisma
4. Menyerap keluaran cecair badan dari luka
5. Melindungi luka daripada kecederaan
6. Melindungi kulit di sekeliling luka

Macam mana nak mula?

1. Mula-mula, kena check order untuk dressing. Type of dressing wound, solution apa yg nak diguna dan dressing yg diperlukan.
2. Kemudian, kenalah check luka kat patient, tgk keadaan utk memberi gambaran tentang keperluan2 yg perlu disediakan.
3. Then, prepare la alat…

Alat apa yg nak diguna?

1. Amik dressing set STERILE. Ingat ye….ni prosedur sterile. Please…please…please ada STERILE CONSCIOUSNESS.
2. Standby trolley yg complete: plastic kuning dan hitam. Kuning (biohazard) utk buang apa2 sahaja bahan yg ada contact dgn body secretion dan hitam utk yg biasa (kertas sampul syringe n etc).
3. Prepare solution apa yg nak digunakan. Yg biasa, normal saline, water for injection, clorohexidine, povidine iodine dan yg plg latest, dermacyn.
4. Prepare dressing yg nak digunakan: biasanya kaltostat (untuk wound yg soak), duederm (for joint site utk early stage of bedsore), bactigrass, melolin, aquacell, aquacell AG dan lain2 lagi. Semua dressing ni digunakan mengikut keadaan wound patient.
5. Prepare pembalut luka: sama ada nak guna tegaderm (macam plastic tu), sapofix (yg putih) atau plaster biasa seperti durapore or micropore.
6. Dan juga sediakan bahan2 lain seperti gauze dan swab tambahan.

Ok, before start jgn lupa scrub your trolley first. Kita nak buat prosedur sterile, takkan nak buat kerja di atas tempat yg kotor pulak. Guna spirit 70% or veraclean utk lap trolley. (don’t worry bila dah keje nanti, nurse akan prepare utk you all, tapi masa time HO dan student ni, jgn harap org nak buat utk kita. So, nak tak nak kena la belajar buat sendiri…tak salahkan?) For your information, masa HO la doktor2 pakar akan suruh doktor2 HO buat dressing yg berlambak kat surgery, seperti kat 3U. Terutamanya luka2 yg besar2.

Lepas prepare alat, bawa alat2 ke kawasan pesakit. Tolong bagi privacy to patient dan tutup kipas semasa prosedur dijalankan. Sebelum buka set dressing, cuci tangan dengan bactol atau desmanol (hand rub) untuk minimize infection. Then, buka set dressing dengan cermat tanpa pencemaran. INGAT, dalam tu sterile. Jangan suka-suki je nak usik2 tanpa buat surgical handwash. Tambah alat, solution, dan apa2 bahan tambahan seperti blade, dressing dan local anesthetics (if indicated) dan juga sterile glove.

Kemudian, expose luka patient. Jika ada dressing yg sebelum tu yg dah kotor, please wear clean glove utk buka dressing. Diingatkan, protect yourself and your patient. Kita tak tahu ada kuman apa kat tgn yg akan dibawa ke patient, dan kita tak tahu kuman apa yg ada kat pembalut luka patient yg akan melekat kat tgn kita. Ok, bila dah siap sedia alat, please wear yg surgical mask. Ikat dgn kemas dan pinch off yg kat hidung tu (semua dah pandai pakai mass kan….). Before pakai mask, buang la clean glove td.

Jom start!

1. Seterusnya, pi la buat surgical handwash. SURGICAL! Bukan cuci tangan macam lepas makan kat umah ye… Cuci sehingga paras siku dengan teknik yg betul. Lepas cuci, jangan lap tgn kat mana2 kecuali menggunakan tisu yg disediakan dalam set dressing td. Tgn dah sterile, tolong jangan ambil tisu yg ada kat sinki tu…. (Nampak simple, tapi ramai HO dan MO tak amalkan…if korang buat macam ni kat ICU, tentu dr Rowi akan menjerit dan marah kat korang!)

2. Lepas lap tgn guna tisu sterile (if takde, guna gauze), tolong pakai glove sterile (terutamanya luka yg besar dan ada exudates or pus). Sebenarnya, sakit mata saya melihat orang yg tak cuci tgn surgical, tapi guna set sterile dan glove sterile. No use la kalau buat macam tu. Sama je kalo patient tu cuci sendiri kat rumah…

3. Lepas pakai glove, prepare alat. Perah swab, kalau nak buat irrigation, prepare solution dalam syringe. Lagi sekali diingatkan, atas kain hijau tu semua dah sterile. Jangan letak apa2 barang yg tak sterile atas tu. If nak letak, tanggalkan sampulnya terlebih dahulu.

4. Prinsip cuci luka, dalam ke luar, yg bersih ke kotor. Cara cucian, hanya sekali lalu sahaja. Tak boleh nak tenyeh2 swab tu beberapa kali. Cuci sampai darah, pus or any exudates kering. Akhir sekali, cuci keliling luka sebelum letakkan pembalut luka. Sekiranya masih ada lagi darah yg tak berhenti mengalir, just guna gauze untuk dap kawasan luka. Ingat, hanya tekap, bukan sapu seperti sapu swab tadi.

5. Kalau nak letak gel or bactigrass or melolin atau apa2 dressing, pastikan buat prosedur tu dalam keadaan sterile. Dressing tu akan contact ngan luka patient, if tercemar, bukan korang membantu mempercepatkan penyembuhan luka, tapi menyebabkan infection. Tak rasa bersalah dan berdosakah bagi penyakit kat orang??? So, think wisely before do any sterile procedure.

6. Bila dah tutup dengan gauze or gamgee, tampal dengan kemas dan pastikan kawasan luka bersih dan tertutup.

Senang bukan?

InsyaAllah… kenalah practice. Nampak simple, tapi kalau tak amalkan, tak jadi prosedur sterile tu…tapi jadi prosedur yg contaminated. Lagi skali nak tanya?

Tak rasa bersalah dan berdosakah bagi penyakit kat orang???

Samalah juga macam masa amik blood or set IV line. Prosedur ni tak sterile sepenuhnya, tapi alat yg digunakan adalah sterile. If kali pertama masukkan jarum dan darah still tak berjaya dikeluarkan, tolong change your needle. Jangan nak jimat sangat yg akhirnya menyebabkan patient sepsis. Dan lagi satu, jgn la sampai ada bruises patient tu…sian kat tgn patient ada bruises akibat cubaan mendapatkan darah.. Cuba letakkan diri kita kat patient tu, masuk sebab penyakit lain, bila kat wad, habis tgn lebam-lebam, sakit lagi..pastu ada infection plak…sian…sian… Tapi untuk blood c+s adalah procedure sterile ye….

So, do no harm to patient. If tak berjaya nak menjadi ‘dracula’ yg menyedut darah, let expert Dracula yg amik, seperti MO dan pakar. Untuk patient yg ESRF, kalau tak berjaya tu, biasa la….even HO sendiri pun kadang2 buat tak jadi, diorang suruh MO dan pakar yg buat.

Lagi satu, biasanya lepas set IV line, bagi skali bolus heparin saline (anticoagulant) lebih kurang 1-2 ml....to prevent blood from clot.

Ok, setakat ni sahaja yg nak dikongsikan. Faham tak? Kalo tak faham leh tanya kat sy dan mereka yg pakar kat wad. Kalau nak wat dressing, jom mai 3U…sama2 buat ngn saya…

Ok..have happy posting…

~Setiap Kesulitan Pasti Ada Kemudahan~

Wednesday, August 19, 2009

Phlebotomy procedure

1 comments


Assalamu’alaikum… memandangkan dah masuk clinical year ni, everybody really interested in taking blood for investigation kan. Some of us (including me la, always forget about the right method for it). So kat sini, I just wanna share pasal phlebetomy and few tips in it.


1) What is phlebotomy?

- Obtaining blood from a vein


2) Common site


a) Median cubital vein and cephalic vein (try avoid vein branch kat bahagian medial dengan lateral site sebab painful kerana dekat dgn nerve innervation. Paling save kat tengah2 cubital fossa la)

b) Dorsum of hand

c) Foot (dalam emergency case bila vein kat hand not readily acessable


3) Elakkan/jauhi lokasi spt


- Extensive scar

- Upper limb of same side wth previous mastectomy

- Hematoma

- Same site dgn IV line. Kalau terpaksa jugak, tutup dulu IV dlm 2-3 minit bru amik. Then amik level yg lg bawah drpd posisi IV line

- Edema


4) Bahan yang diperlukan


- Kidney dish

- Syringe (depend nak buat test ape.. guan syringe 3ml, 5ml atau 10ml)

- Needle (saiz sesuai dgn saiz patient. Biasanya needle yg warna biru muda tu)

- Sample bottle

- Alcohol swab

- Cotton wool

- Salotepe

- Glove

- Torniquet (may or may not)


5) Step


- Patient ID (right PT)

- Access keadaan physical pesakit

- Check form (what type of blood investigation)

- Prepare alat2

- Pilih site of vein puncture

- Check pt allergy to antiseptic, adhesive, latex

- Positioning (sit on chair/bed, lying supine + hand hyper extend)

- Torniquet 3-4 inci atas vene puncture site

- Pakai glove

- Suruh patient gengam tangan. X perlu suh patient pumping tangan

- Sapu alcohol swab inner to outer layer. Biarkan dlm 15-20s supaya alcohol dry

- Anchor patient hand (dalam orang tua kena stretch skin sebab needle senang displace nanti)

- syringe tu, korang tarik sikit biar bagi ada space dlm 1ml.. nanti dia akan create vaccum space. Jadi dia akan draw blood easily.

- Cucuk jarum 15-30 degree sampai dengar bunyi pop atau nampak darah masuk dlm syringe.

- Bila dah nampak darah flow dalam syring.. secure syringe. Don’t move it and drain blood slowly

- Kalau korang tiba2 miss vein. Korang try position balik benda tu dlm vein.. tapi jangan tarik kuar semua jarum and cucuk balik sebab lagi sakit

- Bila dah siap drain dlm syringe, remove torniquet

- Press site vene puncture dgn cotton wool and tarik jarum keluar.. secure cotton wool dgn selotape

- Then step yg paling penting ialah mcm mana nak masukkan dalam tube kalau involve banyak jenis sample (check kat bawah)

- Make sure correct labelling of pt id dekat botol sample tu.

6) Filling blood into container (esp utk multiple Ix)

- First isi dalam container untuk blood culture

- Kedua- coagulation tube

- Tube with non-additive

- Tube additive mengikut turutan (SST, sodium heparin, PST, EDTA, ACDA/ACDB, Oxalate/fluride) ** tube yg ada additive kena mixkan blood dgn additive adequately. (Goncang bottle slowly)


TIPS


1) Do no harm to the patient (not more than 2 attempt. Kalau fail suruh doktor. Jangan ngade2 nak experimenting on patient.. ni yang saya PALING ANTI.. ape korang ingat x sakit ke?? Tak caye try la cucuk kat diri sendiri)

2) Order of filling blood sgt penting sebab additive can give false positive result

3) Kalau untuk C&S kena ingt yg ia adalah sterile procedure. Amik set khusus utk C&S sampling and pakai sterile glove. Get assistant to help you.

4) Untuk test bagi level serum potassium, kena drain blood tanpa torniquet sebab ia akan sebabkan lysis of blood. So akan jadi false hyperK+.. my suggestion amik kat dorsum vein sebab lg senang nampak.

5) Torniquet apply not more than 1 minute

6) Must look Confident

7) Be honest to patient. Cakap yg kita ni just med student bukan expert.jangan temberang patient. Kalau korang x pernah buat, terus terang je, xyah nak temberang. Kalau depa x bagi xyah la amik. Lagipun bukan keje kita pun amik darah.

8) Talk to the patient during process to calm them..

9) Kalau fail amik darah tu, bagitau elok2 kat patient and apologize.


Notes:

1) Sorry dalam bahasa rojak

2) Sorry kalau ada bahasa kasar atau x selesa kat dalam tu

3) Kalau ada salah atau nak tambah jangan segan2 bagitau…

 

the power of sharing Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template