sekadar perkongsian bersama sepanjang posting kat medical ni, dah minggu ke 5...
rasa-rasa sahabt2 lain berkemungkinan menempuhi situasi yang similar, tapi mungkin x serupalah...wallahualm...
satu malam , semasa sedang oncall, saya, nisa, alia fahiza dan fauzi....
seorang doktor datang
kemudian kami diarahkan berkumpul, dan sesi yang gerun bermula..
ok,, how many days u r in medical posting ," doc bertanya.
22 days," nisa menjawab.(masa ini minggu keempat medical posting)
so, what do u have learn now, since 22 days ago ", doc bertanya lagi
kami sedikit terkedu,
doct keluarkan satu kertas, n then menulis sesuatu..
DISEASES HOW TO DIAGNOSE? SEVERITY? MANAGEMENT?
1. copd
2. asthma
3. mi
Lebih kurang macam inilah, soalan2 yang tertera di atas kertas...
antara kami ada yang cuba menjawab tetapi berkemungkinan tonasi yang tidak menyakinkan, doct mengarahkan nisa buat homework ni..selepas siap dia minta nisa bentangkan kepada kami..
sementara itu, saya,alia dan fauzi di arahkan trace result fbp, buse,alt,alp dan lain-lain lagi dekat dekstop komputer 7S..
...........................
Berakhir untuk sesi yang gerun tersebut,, tapi bukan yang utama hendak di kongsikan di sini..itu cuma warming up session..
BERKISAR PADA TAJUK POST INI..
alhamdulillah,Taufik dan petunjuk ALLAH masih lagi milik kita bersama..moga ia sentiasa mendampingi kita sesampainya tibanya ajal kita dan seterusnya menjadi bekalan untuk ketemu ALLAH kelak,,INSYAALLAH..
3rd week in medical posting
"kak...apa khabar hari ini?", tanya saya, yang cuba memulakan step untuk memulakan "clerking procces"
"sihat,..", jawabnya sambil tersenyum-senyum.
"guano kak, rasa koho sihat ko hari ini berbanding dengan semalam?" tanya saya lagi.
"mmm, oklah..", jawabnya lagi.
"kak,.. boleh saya nak tanya beberapa soalan kat akak?..", langkah clerking case yang utama bermula.
sebelum memulakan perbualan seterusnya, teringat tentang sesuatu yang sudah 2 minggu di medical posting saya tak laksanakan sebagai saudara semuslim.tidak terlintas sedikit pun untuk bertanya pesakit sebelum ini...(T.T)
iaitu BERTANYA KHABAR TENTANG SOLAT pesakit..
"Akak, sudah solat?, kalau belum, akak g solat dulu, saya tanya akak lepas ni.", cadangan saya kepadanya.
"mmm, x pelah,.", jawabnya ..
tanpa fikiran yang waras, saya teruskan perbualan saya dengan pesakit ini,
sedar-sedar waktu maghrib sudah pun habis, saya pulak berjaya ambil history dan perform PE dengan jayanya.dalam hati legalah juga dapat habiskan, dan prepare untuk tomorrow long case.
seketika kemudian, barulah terasa yang saya ini sudah pun tersasul dan tersalah dalam menentukan yang mana amanah yang paling utama.
solat pesakit saya sudah pun terabai,disebabkan kurangnya penekanan sebagai seorang muslim medical student.
hari-hari berlalu,rasa terkilan dengan apa yang saya sudah buat, menjadikan saya lebih bermotivated untuk jadi more responsibility muslim.
tetapi, taufik dan hidayah milik ALLAH, saya seterusnya bertemu lagi, pesakit lain semasa on call. muda lagi lelaki,dia on peritoneal dialysis dan repeatedly admitted due to renal failure.
saya clerk dia sekejap, dan bertanyakan sudah menunaikan solat atau belum.
mimik mukanya berubah, seolah-olah bertanya di mindanya,..
bolehkah aku solat?
saya, meminta sahabt se on call dengan saya mengajarnya cara untuk ambik wuduk secara tayamum. pesakit ini, kelihatan sangsi..
saya bertanya" adik faham tak?,dan adik nak solat ke?.
ia masih bingung dan peratusan mimik mukanya menunjukkan sangat sukar melakukan tayamum ketika sakit.
jadi tidak perlu solat.
saya, tidak mampu buat apa-apa.melihat kepada pesakit yang mula hilang minat dengan perbualan sebentar tadi.
saya beredar..
dan menuju ke next pesakit.
jawapan yang sama, tetapi tidak serupa.
" orang sakit, tidak perlu solat"
persepsi yang sama, untuk kebanyakan pesakit
beberapa hari kemudian, taufik dan hidayah masih ada di antara pesakit2 yang saya clerk terbaru.
"Akak saya...bla...bla..",step yang biasa.
"akak solat dulu,.... lepas tu, kita mulakan perbualn kita",cadang saya.
"saya nak qadhalah solat ini, dek", jawabnya kembali.
saya menggesakan nya sekali lagi untuk solat. Alhamdulillah, terpanggil hatinya untuk solat jua..
moral of the short story
jom sama2 melatih diri untuk mula bertanya kepada pesakit-pesakit dengan ayat yang mudah
"sudah solat ke belum"
dengan pengharapan yang sangat2 besar semoga hari hari mendatang, ia menjadi satu kebiasaan untuk kita semua bertanya soalan yang sangat simple dan tindakan yang efektif seterusnya.
kalau dilihat urutan
md student>ho>mo>registra>specialist>??
semakin lama semakin penuh dengan kesibukan,sempat ke nak praktiskan kalau tidak di masa sekarang?jika dilhat mereka-mereka yang sudah pun dialam pekerjaan, time is so restricted.
jadi sama2 kita lazimkan ward round hari2, on call dengan pertanyaan
"sudah solat ke belum"..
semoga 1st step yang diambil semasa medical student menjadi satu habit untuk kita teruskan di alam pekerjaan nanti...
wallahualam.
"bersama 2 tunaikan tanggungjawab as a muslim"
"tunaikan amanah sebagai seorang doktor muslim"
pesanan: tidak berniat untuk mengaibkan mana 2 pesakit, cuma pekongsian untuk di renungi.
dan last but not least, solat mencegah daripada perbuatan yang mungkar.
0 comments:
Post a Comment