Hari ini, saya ingin membuat sedikit komen berkenaan pemberian vaksin terutamanya oleh General Practitioner, GP (klinik-klinik swasta). Saya dimaklumkan sudah banyak hospital yang mula menjual vaksin untuk influenza. Bagi mereka yang kurang berpendidikan, mereka mengatakan bahawa yang dijual adalah vaksin untuk H1N1.
Bagi saya, terdapat kesilapan yang perlu diperbetulkan dalam hal ini. Pertamanya, menurut WHO, vaksin H1N1 masih belum sedia dan kemungkinan besar hanya akan diedarkan pada bulan september. Manakala vaksin yang dijual atau disuntik kepada pekerja-pekerja kesihatan@ veterinar hanyalah vaksin untuk mencegah selesema atau influenza dan tidak spesifik kepada H1N1.
Dan, vaksin yang diberikan sebenarnya bukanlah untuk merawat H1N1 sebaliknya diberikan sebagai prophylaxis atau dalam istilah kampungnya, menyediakan sistem pertahanan badan untuk melawan jangkitan flu. Penggunaan vaksin sebagai prophylaxis sebenarnya agak kontroversi dari segi keberkesanannya. Ini kerana, vaksin itu sendiri sebenarnya digunakan untuk melawan sesuatu penyakit apabila sudah wujudnya simptom atau dengan erti kata lain sudah berlaku jangkitan.
Oleh yang demikian, saya agak kecewa dengan tindakan sebahagian GP yang tidak menyalurkan informasi yang betul kepada pelanggan sebelum memberikan prophylaxis Vaccine influenza.
Berkenaan dengan rawatan untuk mereka yang disahkan menghidap H1N1 pula sebenarnya adalah symptomatik iaitu berdasarkan simptom yang ada sebagai contohnya anti-pyretic (panadol) untuk demam, pain killer untuk sakit-sakit otot dan juga bed rest. Sekiranya di ward, pesakit akan diberi cecair melalui suntikan IV line. Namun, isolation atau pengasingan amatlah penting bagi mencegah penularan. Oleh yang demikian, mereka yang disahkan menghidap H1N1 wajib mematuhi garus panduan isolasi ataupun kuarantin.
Mengenai kematian yang dikaitkan dengan H1N1, ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa ia hanya berlaku sekiranya terdapat penyakit sedia ada seperti penyakit jantung, penyakit sistem respirasi dan lain-lain penyakit yang menyebabkan tahap immune sistem menjadi rendah seperti HIV, cancer, penggunaan steroid. Selain daripada itu, wanita mengandung dan kanak-kanak serta orang tua lebih terdedah untuk mendapat komplikasi.
Untuk pengetahuan pembaca sekalian, di jabatan Kecemasan lebih ramai pesakit yang meninggal disebabkan kemalangan jalan raya berbanding H1N1.
Oleh yang demikian, saya berharap agar masyarakat tidak panik berhubung isu ini. Sekiranya mempunyai simptom selesema, segera ke hospital untuk rawatan. Teruskan mengamal langkah-langkah pencegahan seperti sentiasa membasuh tangan, menghindari/ memakai topeng di tempat yang sesak dengan orang ramai, tidak berkongsi sapu tangan dan memperbanyakkan meminum air suam dan vitamin c.
0 comments:
Post a Comment