Sunday, August 30, 2009

Wound dressing


Assalamu’alaikum wbt.

Selamat berpuasa untuk semua, semoga amalan dalam bulan Ramadhan dapat dilipatgandakan….

Tahniah untuk semua medical student 4th year yg telah berjaya menjalani posting pertama masing2…tak kira la medical ke, surgery, psych, o+g dan lain2. Dan semoga 6 minggu yg berlalu menjadi titik permulaan kalian semua untuk menjadi doctor yg terbaik, terbaik untuk Islam, terbaik untuk pesakit dan juga diri sendiri.

Untuk nursing student, kami memulakan posting dalam 2 kumpulan, medical dan surgical. Alhamdulillah, saya telah tamat posting medical yg panjang selama 8 minggu, 4 minggu di 7S dan 4 minggu lagi di 7U. Baru hari ni bermula posting surgery di 3U… wad yg agak mengelirukan kerana pesakit yg berterabur. Ada 4 team kat 3U, team A dan team B (general surgery), team urology/plastic, team neuro dan ENT (tumpang sementara).

Ok, back to the main topic, pasal wound dressing. Jika dilihat, memang banyak dressing kat 3U, begitu juga kat medical dulu. Patient akan di’dressing’ selepas post-op, luka, bedsore (pressure sore) dan juga at STO site (suture to open).

Ok, sebelum tu, revise semula yg jenis2 wound yg ada ye…how it occur and the healing process.

Apa tujuan dressing?

1. Menggalakkan penyembuhan luka
2. Mengeluarkan tisu nekrotik (necrosis)
3. Melindungi luka daripada pencemaran mikroorganisma
4. Menyerap keluaran cecair badan dari luka
5. Melindungi luka daripada kecederaan
6. Melindungi kulit di sekeliling luka

Macam mana nak mula?

1. Mula-mula, kena check order untuk dressing. Type of dressing wound, solution apa yg nak diguna dan dressing yg diperlukan.
2. Kemudian, kenalah check luka kat patient, tgk keadaan utk memberi gambaran tentang keperluan2 yg perlu disediakan.
3. Then, prepare la alat…

Alat apa yg nak diguna?

1. Amik dressing set STERILE. Ingat ye….ni prosedur sterile. Please…please…please ada STERILE CONSCIOUSNESS.
2. Standby trolley yg complete: plastic kuning dan hitam. Kuning (biohazard) utk buang apa2 sahaja bahan yg ada contact dgn body secretion dan hitam utk yg biasa (kertas sampul syringe n etc).
3. Prepare solution apa yg nak digunakan. Yg biasa, normal saline, water for injection, clorohexidine, povidine iodine dan yg plg latest, dermacyn.
4. Prepare dressing yg nak digunakan: biasanya kaltostat (untuk wound yg soak), duederm (for joint site utk early stage of bedsore), bactigrass, melolin, aquacell, aquacell AG dan lain2 lagi. Semua dressing ni digunakan mengikut keadaan wound patient.
5. Prepare pembalut luka: sama ada nak guna tegaderm (macam plastic tu), sapofix (yg putih) atau plaster biasa seperti durapore or micropore.
6. Dan juga sediakan bahan2 lain seperti gauze dan swab tambahan.

Ok, before start jgn lupa scrub your trolley first. Kita nak buat prosedur sterile, takkan nak buat kerja di atas tempat yg kotor pulak. Guna spirit 70% or veraclean utk lap trolley. (don’t worry bila dah keje nanti, nurse akan prepare utk you all, tapi masa time HO dan student ni, jgn harap org nak buat utk kita. So, nak tak nak kena la belajar buat sendiri…tak salahkan?) For your information, masa HO la doktor2 pakar akan suruh doktor2 HO buat dressing yg berlambak kat surgery, seperti kat 3U. Terutamanya luka2 yg besar2.

Lepas prepare alat, bawa alat2 ke kawasan pesakit. Tolong bagi privacy to patient dan tutup kipas semasa prosedur dijalankan. Sebelum buka set dressing, cuci tangan dengan bactol atau desmanol (hand rub) untuk minimize infection. Then, buka set dressing dengan cermat tanpa pencemaran. INGAT, dalam tu sterile. Jangan suka-suki je nak usik2 tanpa buat surgical handwash. Tambah alat, solution, dan apa2 bahan tambahan seperti blade, dressing dan local anesthetics (if indicated) dan juga sterile glove.

Kemudian, expose luka patient. Jika ada dressing yg sebelum tu yg dah kotor, please wear clean glove utk buka dressing. Diingatkan, protect yourself and your patient. Kita tak tahu ada kuman apa kat tgn yg akan dibawa ke patient, dan kita tak tahu kuman apa yg ada kat pembalut luka patient yg akan melekat kat tgn kita. Ok, bila dah siap sedia alat, please wear yg surgical mask. Ikat dgn kemas dan pinch off yg kat hidung tu (semua dah pandai pakai mass kan….). Before pakai mask, buang la clean glove td.

Jom start!

1. Seterusnya, pi la buat surgical handwash. SURGICAL! Bukan cuci tangan macam lepas makan kat umah ye… Cuci sehingga paras siku dengan teknik yg betul. Lepas cuci, jangan lap tgn kat mana2 kecuali menggunakan tisu yg disediakan dalam set dressing td. Tgn dah sterile, tolong jangan ambil tisu yg ada kat sinki tu…. (Nampak simple, tapi ramai HO dan MO tak amalkan…if korang buat macam ni kat ICU, tentu dr Rowi akan menjerit dan marah kat korang!)

2. Lepas lap tgn guna tisu sterile (if takde, guna gauze), tolong pakai glove sterile (terutamanya luka yg besar dan ada exudates or pus). Sebenarnya, sakit mata saya melihat orang yg tak cuci tgn surgical, tapi guna set sterile dan glove sterile. No use la kalau buat macam tu. Sama je kalo patient tu cuci sendiri kat rumah…

3. Lepas pakai glove, prepare alat. Perah swab, kalau nak buat irrigation, prepare solution dalam syringe. Lagi sekali diingatkan, atas kain hijau tu semua dah sterile. Jangan letak apa2 barang yg tak sterile atas tu. If nak letak, tanggalkan sampulnya terlebih dahulu.

4. Prinsip cuci luka, dalam ke luar, yg bersih ke kotor. Cara cucian, hanya sekali lalu sahaja. Tak boleh nak tenyeh2 swab tu beberapa kali. Cuci sampai darah, pus or any exudates kering. Akhir sekali, cuci keliling luka sebelum letakkan pembalut luka. Sekiranya masih ada lagi darah yg tak berhenti mengalir, just guna gauze untuk dap kawasan luka. Ingat, hanya tekap, bukan sapu seperti sapu swab tadi.

5. Kalau nak letak gel or bactigrass or melolin atau apa2 dressing, pastikan buat prosedur tu dalam keadaan sterile. Dressing tu akan contact ngan luka patient, if tercemar, bukan korang membantu mempercepatkan penyembuhan luka, tapi menyebabkan infection. Tak rasa bersalah dan berdosakah bagi penyakit kat orang??? So, think wisely before do any sterile procedure.

6. Bila dah tutup dengan gauze or gamgee, tampal dengan kemas dan pastikan kawasan luka bersih dan tertutup.

Senang bukan?

InsyaAllah… kenalah practice. Nampak simple, tapi kalau tak amalkan, tak jadi prosedur sterile tu…tapi jadi prosedur yg contaminated. Lagi skali nak tanya?

Tak rasa bersalah dan berdosakah bagi penyakit kat orang???

Samalah juga macam masa amik blood or set IV line. Prosedur ni tak sterile sepenuhnya, tapi alat yg digunakan adalah sterile. If kali pertama masukkan jarum dan darah still tak berjaya dikeluarkan, tolong change your needle. Jangan nak jimat sangat yg akhirnya menyebabkan patient sepsis. Dan lagi satu, jgn la sampai ada bruises patient tu…sian kat tgn patient ada bruises akibat cubaan mendapatkan darah.. Cuba letakkan diri kita kat patient tu, masuk sebab penyakit lain, bila kat wad, habis tgn lebam-lebam, sakit lagi..pastu ada infection plak…sian…sian… Tapi untuk blood c+s adalah procedure sterile ye….

So, do no harm to patient. If tak berjaya nak menjadi ‘dracula’ yg menyedut darah, let expert Dracula yg amik, seperti MO dan pakar. Untuk patient yg ESRF, kalau tak berjaya tu, biasa la….even HO sendiri pun kadang2 buat tak jadi, diorang suruh MO dan pakar yg buat.

Lagi satu, biasanya lepas set IV line, bagi skali bolus heparin saline (anticoagulant) lebih kurang 1-2 ml....to prevent blood from clot.

Ok, setakat ni sahaja yg nak dikongsikan. Faham tak? Kalo tak faham leh tanya kat sy dan mereka yg pakar kat wad. Kalau nak wat dressing, jom mai 3U…sama2 buat ngn saya…

Ok..have happy posting…

~Setiap Kesulitan Pasti Ada Kemudahan~

3 comments:

Anonymous said...

you are very good, and i like your post, well done! can you contact me pls, harveyyeap@yahoo.com

Anonymous said...

Thanks for visited our blog. Hope all the articles posted here are beneficial to all readers.

For your information, this blog is owned by students in health campus USMKK, from medical and health sciences students.

All the articles here were posted by everyone of us.

You may contact our admin, azizi shaukani (azizi_210@yahoo.com)for any other information.

Thanks once again and have happy reading here... =)

Anonymous said...

Bagusnya post ni.... susah nak jumpa nurse, HO, MO , Other HCWs skrg ni buat sama mcm yg kita blaja time student. Kebanyakan HCWs bila dh krja. Dah xpraktikkn n xikut prinsip infection control. Dah xde SOP dah. Smua main ikut dan je. Bila kte tgur bkn kmain mrah. Lg2 bila Link Nurse tgur doktor. Xpsal2 nurse kne mrah n dbndgkn jwtn "U doktor or I doktor???" Katanya. Hmm..

 

the power of sharing Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template