Thursday, July 23, 2009

Thanks for sharing


Suatu hari sepasang suami isteri yang sudah lanjut usia berkunjung ke sebuah kantin untuk menikmati sup ekor yang memang terkenal kat situ. Kebetulan pada masa itu ialah masa makan tengahari, jadi ramailah orang yang makan kat situ

Pasangan tersebut mula berbaris dan memesan satu mangkuk sup ekor, sepinggan nasi dan 2 gelas teh tarik. Semua yang melihat gelagat pasangan ini berasa hairan..

Kenapa pakcik dan makcik ni hanya pesan satu pesanan sup dan nasi je?
Ada juga yang kesian dengan kedaifan kedua pasangan itu kerana hanya mampu beli satu set pesanan sahaja. Kesian..

Si suami mula membahagi nasi dan sup kepada dua bahagian. Satu untuk dirinya, satu untuk isterinya. Kemudian mereka pun makan.. tapi yang makannya hanyalah pakcik tu saje.. si isteri hanya tersenyum menunggu dan melihat suaminya makan..

Kemudian datanglah seorang pekerja ni..dengan rasa sedih mempelawa untuk membelanja pasangan tersebut semangkuk sup lagi. Tapi pelawaan itu ditolak dengan lembut.

Pastu pakcik tu pun sambunglah makan..si isteri hanya memandang tersenyum.. lama selepas tu, datanglah sekali lagi pekerja tadi kerana gelisah dengan gelagat pakcik dan makcik tu. si isteri masih lagi belum makan dan setia menuggu suaminya.

Akhirnya kerana tak dapat tahan rasa hairannya, pekerja tadi pun datang bertanya...

Kenapa makcik tak makan??.. dari tadi saya tengok makcik hanya menunggu je pakcik makan..?..boleh saya tahu kenapa?

Dengan tersenyum si isteri menjawab, makcik tunggu gigi palsu yang sedang dipakai oleh pakcik ... !
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berkongsi..atau Perkongsian.. ataupun dalam BI, Sharing..
Kalau ikut bahasa buku, berkongsi itu adalah satu pengorbanan dan kerelaan untuk memberi.. betul?..

Bila kita berbicara bererti kita berkongsi,
bila kita mendengar bererti kita ambil peduli.
“Sharing is Caring” kan?

Kepada yang selalu berkongsi dan suka berkongsi, tak kiralah kat blog ke, kat asrama ke, kat mane2 ke teruskan usaha anda dan terima kasih kerana sudi berkongsi..
Share your knowledge, share your experience, and share also your food.
together we can learn more..

Semoga segala perkongsian yang telah pun dikongsi dan yang akan dikongsi selepas ini, walaupun hanya sedikit moga dapat dimanfaatkan semua..

2 comments:

`Aainaa Nur Raihana Abdullah on July 25, 2009 at 10:51 AM said...

azizi.. ko x nak share signature log book ke? haha~

Anonymous said...

anis dhuha!!!!!!!!!!!!

khazabbbbbbbbbbbbbbb!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

 

the power of sharing Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template