Friday, March 6, 2009

Tempe, Dia, Kamu dan Aku


Well, I was invited by Ibn Shaukani to post here. Since, I saw a comment stated about the motivation, so I would like to share a story. Perhaps, it would help.

Heh kamu, kenal tempe?
Sejenis benda makanan kacang yang biasa ada dalam makanan berkuah. Kau tahu bukan?

Mari berfikir.

Ada seorang wanita tua yang hanya bergantung hasil rezeki menjual tempe. Saban hari, hanya itulah punca pendapatan dia. Dan kerana rezeki tempe itulah dia dan tiga lagi anaknya sentiasa punya sesuatu untuk dimakan.

Sekurang-kurangnya untuk dimakan. Ingat itu.

Satu hari, satu pagi, dia bangun seperti biasa. Menyiapkan diri dan anak-anaknya. Ada sesuatu yang tidak enak dia rasakan. Namun dia masih tidak tahu apa. Selesai semua, wanita tua ini berjalan ke dapur terus ke besen yang berisi tempe, untuk jualan hari itu.

Dia terdiam.
Dia terduduk.
Namun dia belum menangis.

Dalam besen itu, masih ada tempe. Tempe yang selalu dia usahakan. Cuma tempe itu masih mentah dan belum layak untuk dijual. Siapa mahu beli tempe mentah?

Dia gagahkan kaki juga ke pasar. Dalam hati dia tidak putus berharap agar masih ada rezeki untuk dia. Kali ini, dia tidak berbasikal seperti selalu. Dia berjalan. Dengan harapan, masa yang dia ambil sehingga kepasar itu, akan berlakulah keajaiban. Keajaiban yang tempenya tidak mentah lagi.

Keajaiban yang membenarkan anak-anak dia tidak lapar hari ini.
Keajaiban dengan setiap langkah yang melewatkan dia ke pasar, menjadikan tempenya layak untuk diniagakan.

Keajaiban yang dia tahu besar kemungkinan tidak akan berlaku.

Di renung besen yang bertutup sepanjang jalan. Mohon Allah lakukan sesuatu. Dalam hati tidak putus berharap.

Sampai di pasar, dia masih menunggu. Masih tidak berani untuk membuka penutup besen. Wanita tua memandang rakan-rakan seniaganya semakin laku menjual tempe hasil mereka. Dia tidak putus berdoa. Mohon Allah permudahkan urusan.

Tarikan nafas panjang. Dia membuka perlahan.
Satu.
Dua.
Tiga.

Teka apa jadi?
Tempe sudah berubahkah?

Tidak.

Air mata tertitis mengenangkan ada perut untuk diisikan makanan. Apa daya. Dia bukan tuhan. Dia jauh sekali tidak punya kuasa ghaib untuk mengubah.

Hari menginjak petang. Satu demi satu gerai mengakhirkan jualan. Dia masih disitu. Memerhati besen yang tidak laku. Dan memikirkan suapan rezeki yang tidak ada.

Dengan lemah, besen ditutup. Dengan lemah juga, dia berdiri mahu pulang.

Seorang wanita berjubah hitam berlari tergesa-gesa. Mencari-cari dalam kalut tenang petang mendekati ke arah dia.

"Saya cari tempe ni. Menantu daya mengidam dekat luar negara tu. Saya cari tempe mentah, nanti kalau hantar taklah busuk bila sampai sana. Tahu tak kat mana ada jual tempe mentah?"

"Tempe saya mentah lagi,"

"Iya? Syukur Alhamdulillah. Saya beli semualah,"


Ingat, perancangan ALLAH itu sangat sempurna. Terlalu sempurna untuk kita. Kita yang jarang mahu memahami.

Semoga kita berjaya kelak!

0 comments:

 

the power of sharing Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template