Monday, March 23, 2009

Percutian Batch Muslimin


Salam!! Kepada semua rakan2 seperjuangan yang ku sayangi. Ku tahu korang semua tengah tension nak exam.. dan semestinya apabila lepas exam maka kita lagilah stress menunggu ketentuan ilahi samada dapat melangkah ke fasa seterusnya ataupun kekal bersama-sama junior di alam 3rd year lagi.. Oleh itu, dengan harapa utk mengurangkan beban kepala otak dan derita jiwa batin menunggu result, so beberapa hamba Allah telah merancang utk bercuti ke Pulau Perhentian bermula lepas habis exam.



Selain merapatkan ukhwah, kita juga akan enjoy bagi mengurangkan stress seperti main volleyball kat tepi pantai, snorkeling utk skodeng coral, menghayati bayu malam, jungle trekking bagi mencari biawak galapagoss dan macam2 lagi.. Tapi bab kata orang tua2. Enjoy2 jugak tapi akhirat sama mau jawab? Lu mau masuk neraka ke? So bagi mengelakkan kegagalan hakiki kat akhirat, maka kita juga akan buat pengisian agama lor (korang suggest la tajuk ape yg perlu kita bincangkan)




Last paper pada 5/4/09 iaitu hari ahad manakala result dijangka pada 9/4/09 mengikut jangkaan jabatan akademik…

So kita pegi hari Isnin Pagi 6/4/09 dan balik pada petang Rabu 8/4/2009… Tapi kalau adam pegi, dia kena balik awal (nak amik xm viva-voce..huhu Adam kami doakan ko).. Tapi kita blk lewat lg..huhu!!!

Mengikut YB Mat We bilal, bajet dijangka RM150 (masak sendiri huhuhu) tapi Ahli PArlimen Besut saudara Serul pula mengatakan mungkin ada kabel elektrik kabel telefon yang mampu memberikan harga yang lebih murah….

So amacam beb? Kalau setuju sila letakkan nama anda kat komen di bawah ni and roger Najman cepat2 sebab nak booking penginapan, bot dan macam2 lagi…


8 comments:

ainaa ismail on March 23, 2009 at 3:41 PM said...

wei,mana aci!!!!ketua muslimah cepat buat plan!

Anonymous said...

haha..jgn jelesss

ainaa ismail on March 23, 2009 at 7:43 PM said...

of course bukan kami.sapa ek ketua muslimat?hmm,tetiba terpk=p

habis exam baru pk!!!

Jacknaim on March 23, 2009 at 8:13 PM said...

Salam. Erm adakah dengan hanya keluar 3 hari tu satu2 nye care nak dekatkan diri dgn Allah dan hidupkan sunnah. Sepatutnya kita dah boleh berfikir luas daripada itu. Niat di hati siapa yang tahu. kadang2 mmg niat keluar 3 hari, 30 hari atau 4 bulan tapi itu pada zahirnya. hakikat sebenarnya hanya diri yang tahu.

Keluar melancong pun boleh dapat pahala kalau niat ibadat. nak dapat pahala dan kasih Allah ni senang je. Pergi melancong tengok coral atau jungle tracking, paling tak pun dapat tengok kebesaran Allah. Dalam Quran pun Allah suruh kita melihat tanda2 kebesaran pada alam.dengan itu kita dapat mengenal tanda Sang Pencipta.

Bersukan tak kisah lah main volley ball ke, nak berenang ke. asalkan sukan tu pun sunnah Nabi juga kan? so pergi melancong pun dapat hidupkan sunnah? lumayan tu

Tak kan keluar je dapat rapatkan silaturrahim atau ukhwah. pergi melancong atau mengembara punkita da[at bina semua ni. ahli bijaksana ada menyebut bahawa hanya dengan bermusaffir kita dapat mengenal saudara kita dan siapa sebenarnya sahabat. maka ini juga adalah medannya. Kan ke Allah suka merapatkan ukhwah. Tak beriman seseorang itu jika dia tidak mengasihi saudaranya seperti mana mengasihi dirinya sendiri. Ini pun medannya juga

Pengisian agama pun dibuat. dah nyatakan kat situ tajuk apa yang eprlu dibincangkan. Inilah medannya untuk bertukar fikiran sambil mentarbiyyah diri.

Dakwah ni universal dan unik. bukan hanya rigid pada satu2 method je. kalau rasa method ni tak sesuai dengan empunya diri so x yah la join. ikut la method yg anda prefer. tak yah la nak pancung2 mcm ni.

dan doa orang musafir pun Allah makbulkan kan?????? tak semestinya doa orang keluar 3 hari

Janganlah terlampau jumud sangat. luaskan pemikiran. banyak berjalan luas pengalaman. buka mata buka minda dan buka hati.. InshaALLAH pintu hidayah terbuka luas kat hadapan..

sekian
JAcknaim (kadang2 tak suka orang komen2 tp guna anonymous... kalau ilmu hadis ni, dah kira terputus rantaian perawian la ni...)

Anonymous said...

benda yg seronok x semestinya x boleh jadi ibadah.
ibadah itu pon seronok kan,,hihi=)

Anonymous said...

setuju2
jom pi ramai2....

Ibnu Abas on March 23, 2009 at 9:13 PM said...

tetiba ku mengidam nak makan piza.. kalo ada piza yg sesedap piza hut, bgtau eh..

nak makan piza!!!!(dgn penuh nafsu)

Anonymous said...

guna anonymous pun aku tau coz I can detect die nyer IP address..haha. no offense

 

the power of sharing Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template