Assalamu’alaikum w.b.t
Buat sahabat-sahabat muslimin Batch 06/07 MEDDEN USMKK,
Maafkan aku kerana membangkitkan kalian dari buaian kesibukan dalam menjalani kehidupan di ward-ward mahupun dewan kuliah. Sudah lama aku ingin bersuara, namun sering kali lidah ini terasa kaku.
Mungkin kerana aku juga masih menyimpan dendam yang menebal terhadap sesetengah dari kita seperti mana juga yang kalian alami dan rasai.
Namun, setelah sekian lama berfikir dan menilai dari pelbagai penjuru akhirnya aku merasakan sudah tiba masanya kita semua sama-sama bermuhasabah tentang segala bala dan bencana dari Allah S.W.T yang menimpa kita semua.
Sahabatku,
Masihkah kalian ingat saat-saat awal kita semua melangkah ke kampus kesihatan ini. Kita bagaikan orang asing terhadap satu sama lain. Mungkin hanya satu dua senyuman sahaja yang kita kenal. Yang lainnya mengundang pelbagai intrepetasi dalam minda.
Siapakah dia?
Poyonya dia!
Nampak sombong!
Macam kerek!
Inginku tegur, tapi segan.
Akan tetapi, semakin lama semakin banyak yang kita kenali. Dari keseorangan kita berdua, dari berdua kita berkumpulan dan dari berkumpulan kita bina satu jalinan ukhwah yang cukup mantap sekali.
Ingatkah kalian betapa batch-batch senior memuji-muji keutuhan ukhwah di antara kita. Ingatkah kalian semua akan betapa cemburunya mereka melihat kejituan semangat yang kita manifestasikan dalam segala gerak kerja yang di amanahkan kepada kita.
Ramai di antara kita yang mampu menjadi pemimpin bagi memimpin kepicangan saf-saf yang ada di bumi USMKK. Kita ketika itu mampu melahirkan pemimpin program dan IMAM Solat.
Masa terluang kita dipenuhi dengan pengisian untuk merapatkan lagi ukhwah kita. Kita ke pantai dan berlari-lari sambil bergurau senda. Tangisan sahabat sama-sama kita kongsi.
Masih ingatkah lagi saat dan ketika kita berbuka puasa beramai-ramai di bilik study tingkat dua. Meriah sekali suasana ketika itu.
Bebanan study kita kongsi bersama-sama. Ingatkah kalian yang kita pernah berkumpul setiap minggu di Surau Nurani untuk belajar bersama-sama. Sesi pembelajaran kita mulakan dengan bacaan Yasin, Tahlil serta tazkirah dan kita sudahinya dengan jamuan ringan. Ada kalanya kita berjalan beramai-ramai ke kedai ‘Cotek’ untuk mengisi perut yang lapar.
Sering juga kita adakan pertemuan-pertemuan lain dan pelbagai sesi tazkirah untuk kita kukuhkan saf yang telah kita bina.
Namun sahabatku,Ingatkah apa puncanya kita bergaduh?
Kita masing-masing ingin menjadi kepala. Kita membuat onar kita sendiri. Kita mula berkelahi dan saling benci membenci. Kita mula berpuak-puak antara satu sama lain. Ketika itu kita mula mengasingkan diri dalam kumpulan tertentu.
Ada di antara kita membawa revolusi demi kebangkitan mahasiswa,
Sesetengah dari kita kekal berada dalam aspirasi,
Yang lain-lain berkecuali
Segelintir mula melarikan diri.
Percanggahan pendapat semakin berleluasa
Akibatnya, benih kebencian mula tumbuh dan kita bajai dia dengan pelbagai ketidak-puasan hati. Pertengkaran kecil menjadi besar. Kita mula berpuak-puak kembali. Dari puak-puak kecil, kita begaduh juga lantas timbul lagi puak-puak yang lain.
Hingga ke hari ini, kita sudah tidak mampu bersatu bahkan tidak mahu bertentang mata dengan sesetengah orang. Kebencian kita terhadap seseorang telah membutakan mata dan hati kita untuk melihat keindahan akhlak dalam diri sahabat kita.
Di mana kedudukan kita hari ini? Di mana Batch yang pernah diagung-agungkan dulu? Itu semua sudah berlalu. Kekuatan kita telah pun hancur berkecai. Bahkan ramai yang berkata
“Kita ada Batch ke?”
Berapa kerat di antara kita yang masih konsisten dalam kepimpinan. Berapa banyak di antara kita yang masih kekal menjadi imam di surau-surau dan masjid?
Sahabatku, kita sekarang sudah pun menjadi senior. Kita sering pening kepala mengenangkan keadaan nasib junior muslim kita yang semakin merosot dalam bidang akademik dan sebagainya. Tapi, adakah ia juga berpunca dari kesilapan kita kerana gagal mendidik junior-junior kita.
Kita dahulu menjadi kuat kerana tarbiyyah dari senior-senior kita. Tapi apa peranan kita pada adik-adik kita. Sampai bila bangsa kita perlu terus dihina dan dikeji. Sehingga bila kita ingin terus mundur dan akhirnya tergadai di bumi sendiri.
Sahabatku,
Ini rintihan ikhlas dari lubuk hatiku. Betapa aku ingin kita semua kembali bersatu. Ayuh kita lupakan perbezaan di antara kita dan kita bina kembali kekuatan kita. Biarlah kita terus menjadi contoh kepada bath-batch yang lain.
Maafkan aku sekiranya tulisan ini menimbulkan keresahan dihati kalian. Maafkan aku kerana menjadikan tulisan ini sebagai bahan tatapan umum. Kerana masalah kita sudah tidak boleh disorok di bawah tikar lagi kerana sampahnya sudah membukit.
Dan maafkan aku sekiranya tulisan ini mempunyai unsur-unsur ke’poyo’ an. Sesunggunya hanya satu harapanku. Kembali Seperti Dulu! Masih belum terlambat untuk semua itu
Marilah kita lupakan segala permusuhan antara kita. Pohonku agar warkah ini dihayati dan direnungi. Semoga Allah terus bersama-sama kita.
Sekian; Bersama Kita Bina Kembali Kekuatan yang Tumbang
Rintihan rindu
Jacknaim
1 comments:
A Guide to Playing Casino Games | Dr.MD
Many people enjoy playing online 보령 출장마사지 casino 울산광역 출장안마 games. But, what 공주 출장샵 about the games that have the highest 김천 출장마사지 level of luck and more? I'm trying 파주 출장마사지 to tell you that the
Post a Comment