Wednesday, May 13, 2009

Hari Naqba Palestin



PROGRAM MEMPERINGATI HARI NAQBA PALESTIN

Tarikh :
14 Mei 2009


Tempat :
Dewan Kuliah 1, PPSG, USMKK


Anjuran :
Persatuan Sains Pergigian USM


Dengan kerjasama :
Rakan Masjid USMKK, Pusat Islam USMKK,

Jawatankuasa Kerohanian dan Aktiviti Pembangunan Pelajar, PPSG USMKK


Naqba bermaksud malapetaka atau bencana besar. Palestin telah dijajah selama 60 tahun bermula pada tarikh keramat 15 Mei 1948 oleh Israel dengan pengiktirafan dari negara Amerika Syarikat yang ketika itu presidennya adalah Harry S Truman.

Palestin telah diiktiraf sebagai sebuah negara berdaulat milik Israel yang telah dicerobohi secara haram selepas pembunuhan dan pembersihan etnik Palestin, etnik asal tanah Palestin.


Terdapat pelbagai saranan secara individu dan berkumpulan tanpa kepentingan yang telah dicanangkan di seluruh Malaysia mahupun seluruh dunia, khususnya dunia manusia yang memiliki rasa kemanusiaan di hati.

Kita seharusnya bersungguh-sungguh dalam memahami dan menghayati semula hakikat kehidupan seorang Muslim dalam membina kesatuan Ummah tanpa terbatas pada negara, bahasa, etnik dan budaya yang berbeza. Malahan itulah keunikan Islam sebab berbezanya mereka, tetap bersatu atas aqidah yang satu.


Dari Nu’man beliau berkata: Rasulullah Saw. bersabda:
“Bahwasanya perumpamaan orang-orang muslim itu ibarat satu orang (satu jasad) apabila salah satu bagian disakiti maka seluruhnya akan merasa sakit.”

(Riwayat Imam Ahmad bin Hanbal dalam bab Musnad Nu’man bin Bashir no hadis 17720)

Sumber : RakanMasjidusmkk

1 comments:

truthseeker said...
This comment has been removed by a blog administrator.
 

the power of sharing Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template